Soalan Lazim.

Apakah Mbook?
Mbook (Mobile Book) merupakan satu aplikasi berasaskan JAVA yang membolehkan pengguna membaca buku dengan hanya menggunakan telefon mudah alih.

Apakah versi Mbook setakat ini?
Sehingga kini terdapat dua versi Mbook iaitu v1 dan v2.

Apakah perbezaan antara setiap versi Mbook?
Mbook v1 hanya memaparkan teks sahaja manakala Mbook v2 turut membolehkan elemen bunyi dan grafik disertakan. Di samping itu, pengguna juga boleh berinteraksi dengan adanya fungsi Komuniti Mbook.

Berapakah harga Mbook?
Mbook v1 berharga RM 3.00 setiap satu dan Mbook v2 berharga RM 5.00. Harga ini tidak termasuk kos caj GPRS.

Berapakah saiz Mbook?
Saiz aplikasi Mbook agak besar iaitu antara 100kb hingga 300kb.

Apakah jenis telefon mudah alih yang sesuai untuk Mbook?
Telefon yang sesuai perlulah mempunyai keupayaan GPRS yang telah diaktifkan serta menyokong aplikasi JAVA (midp2).

Bagaimana cara untuk mendapatkan Mbook?
Cara paling mudah untuk mendapatkan katalog Mbook ialah dengan menaip DAPAT MBOOK dan hantarkan ke 32010. Anda akan diberi link untuk membuka laman WAP yang mengandungi senarai Mbook yang boleh dimuatturun.

Saya cuba untuk memuatturun Mbook, tetapi gagal. Apakah sebabnya?
Terdapat perlbagai faktor kegagalan untuk memuatturun Mbook iaitu antaranya ialah:
- Pengguna belum mengaktifkan GPRS. Sila rujuk maklumat pengaktifan GPRS mengikut penyedia talian masing-masing.
- Gangguan talian dari pihak penyedia talian. Seringkali talian GPRS akan mengalami gangguan hingga menyebabkan proses muatturun tergendala. Sila ulangi proses sekiranya perkara ini berlaku.
- Link muat turun tidak diterima. Kelewatan penghantaran link mungkin berlaku terutamanya pada waktu puncak. Sila tunggu sehingga link dihantar ke telefon mudah alih anda.
- Mesej ralat. Sistem kami akan memastikan hanya telefon yang menepati keupayaan Mbook sahaja dibenarkan untuk memuatturun. Sekiranya anda mendapat mesej ralat, berkemungkinan besar telefon anda tidak sesuai.

Mbook berharga RM 5.00. Tetapi, kenapa kredit saya dipotong lebih?
Harga Mbook telah ditetapkan sebanyak RM 5.00 tetapi ianya tidak termasuk caj untuk GPRS. Caj ini bergantung kepada penyedia talian masing-masing.

Apakah nombor untuk dihubungi sekiranya saya menghadapi masalah mengenai Mbook?
Sila hubungi talian khidmat pelanggan Metamobile 03 2715 6005 yang beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Emel bantuan : bantuan@metamobile.com.my